Sunday, January 31, 2010

someone give


(*,*)

Monday, December 29, 2008

SALAM MAAL HIJRAH 1430H

Salam MAAL HIJRAH 1430H. Semoga kita menjadikan tahun baru ini sebagai platform anjakan paradigma dalam mengubah diri kita semua...;)

Thursday, December 18, 2008

KEM MOTIVASI

Alhamdulillah....syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah memilih hambaNya ini untuk menyertai kem motivasi di Kelumpang Resort, Ulu Slgr. Walaupun pada mulanya agak keberatan untuk diri ini menyertai kem itu tetapi di akhirnya keputusan sebaliknya berlaku. Program yg dinamakan SPIES ( spiritual, physical,intelectual, emotional, social) dianjurkan oleh kerajaan negeri Slgr berlangsung 2 hari 1 malam pada 15 dan 16 Disember yg lepas.
Saya bersama kaknas, mariam, anis, aizat dan fahmi bersama-sama menjadi peserta dari UM. Banyak sungguh input berguna yg diberikan oleh para fasilitator yg terdiri dr Dr. Tengku Asmadi, En. Fadzli dan teamnya. Antara input itu seperti bagaimana untuk membina Karisma. Karisma sebenarnya penting bg seorang pemimpin dan bkn semua pemimpin memilikinya. Sesetengah org biasa jg mempunyai Karisma. Karisma membuatkan seseorang itu berpengaruh kepada org lain. Sebagai cth Mahatma Gandhi, pejuang kemerdekaan India mempunyai Karisma yg tinggi krn beliau mampu utk mempengaruhi byk org India menjadi pengikutnya bangkit menentang penjajahan dr British. Walaupun secara mata kasar beliau dilihat sbg seorang yg simple dgn pakaian dhoti yg selalu dipakainya namun beliau sesungguhnya mempunyai aura yg sgt luar biasa.
Seterusnya, input seperti leaders are not born but they are made. Pepatah ini sebenarnya walaupun nampak ringkas tetapi cukup memberi erti yg bermakna buat saya. Ya memang sy akui sy agak kurang pandai berucap di khayalak ramai kerana mudah kekurangan idea tetapi sy perlu terus berusaha untuk mengurangkan kekurangan sy ini. InsyaAllah, mgkn satu hari nanti sy dpt bercakap selancar para fasilitator ini.
Selain itu, perkataan Passion yg disebut oleh En. Fadzli jg meninggalkan kesan di hati sy. Memang benar apa yg beliau beritahu kita yg mahu menjadi pemimipin perlu passion dlm membuat sesuatu supaya hasil yg diperoleh adalah yg terbaik.....
Semoga sy dapat mengaplikasikan segala ilmu yg diperoleh dalam kem motivasi ini...insyaAllah

Thursday, December 4, 2008

CUTI......

Tak sampai sebulan lagi, cuti sem dah nk berakhr... rasa kejap jea masa berlalu...
20 haribulan ni mak ngan abh akn kembali ke Malaysia dr Mekah... rindunya kt mereka.... harap2 semuanya selamat sampai dengan selamat...amin...

Sunday, September 21, 2008

NUZUL AL-QURAN

KERAHSIAAN LAILATULQADAR UJI KETAKWAAN UMMAH
Tarikh malam istimewa disembunyi untuk rangsang kita pertingkat ibadat pada 10 terakhir Ramadan

LAILATULQADAR adalah salah satu dari malam Ramadan, di mana keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan yang tidak ada di dalamnya Lailatulqadar. Ini dijelaskan sebagai mana firman Allah Taala dalam surah al-Qadr ayat 1 dan 2 yang bermaksud: "Sesungguhnya kami turunkan al-Quran pada malam Lailatulqadar. Tahukah kamu apakah malam lailatulqadar itu? Malam Lailatulqadar adalah lebih baik dari seribu bulan."

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam itu dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami dari ayat itu ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi seribu bulan.

Kebesaran Lailatulqadar adalah berdasarkan dua perkara. Pertamanya, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran dan keduanya pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang-orang berpuasa dengan ikhlas. Pada malam itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi.

Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.
Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatulqadar sering kali berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama.

Tetapi pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam ganjil sesudah hari yang 20 Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan. Ini sesuai dengan sebuah hadis Rasulullah dari Ibnu Umar yang bermaksud: "Sesiapa yang ingin mencari Lailatulqadar hendaklah pada malam kedua 27. "Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim adalah bermaksud: "Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam ganjil dari 10 malam akhir Ramadan."

Jelas dari kedua hadis itu Lailatulqadar itu hanya berlaku pada satu malam saja dari Ramadan, dan ia adalah sebagai suatu perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipat gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadan al mubarak ini.
Jelas penyembunyian tarikh Lailatulqadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu.

Allah sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah tertentu seperti:

• Allah menyembunyikan Lailatulqadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang Ramadan.
• Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada Jumaat supaya kita berdoa sepanjang hari itu.
• Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu.
• Allah menyembunyikan isim adzam di antara nama-Nya supaya kita menyebut kesemua nama-nama-Nya (Asmaul Husna)
• Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa juga bentuk maksiat.
• Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali di antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin.
• Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia.
• Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya.

Walau bagaimana pun berkaitan dengan Lailatulqadar, ulama bersepakat mengatakan ada beberapa tanda apabila berlakunya malam itu, di antaranya ialah:

• Orang yang berkesempatan melihat malam al-Qadar akan dapat merasakan segala yang ada di bumi dan di langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.
• Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walaupun berada dalam kegelapan.
• Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan dapat mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka.
• Orang yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan diperkenankan segala doanya.

Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan di antara tanda malam al-Qadar berlaku ialah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk yang putih bersih bagai bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas, di mana tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahaya.

Bagaimanapun pahala ibadat pada malam al-Qadar akan tetap mendapat ganjaran dari Allah Taala biarpun tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesiapa yang ikhlas melakukan ibadat puasa dan amal ibadat lain panjang Ramadan, Insya-Allah akan menemui malam yang lebih baik dari seribu bulan itu.

Sunday, September 14, 2008

NUZUL AL-QURAN

Nuzul al-Quran bangkit semangat kejayaan Islam

Kitab suci bukan sekadar untuk dibaca, patut jadi sumber tangani pelbagai masalah ummah. SAYYID Qutb dalam tafsirnya Fi Zilal al-Quran menyatakan bahawa turunnya al-Quran adalah satu kelahiran dan kehidupan baru bagi manusia. Pernyataan itu bermaksud al-Quran adalah pemisah di antara zaman jahiliah dan masa Islamiah. Pertukaran era kebodohan dengan masa ilmu pengetahuan, perbezaan antara yang hak dan batil. Maka kedatangan al-Quran seakan menciptakan generasi baru dalam sejarah manusia, generasi yang bertamadun dan berbudaya di bawah payung kemuliaan ajaran Islam. Inilah makna kelahiran baru itu.
Masa dan kegunaan diturunkan al-Quran dengan tegas jelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Bulan Ramadan diturunkan padanya al-Quran sebagai huda (petunjuk) bagi manusia dan bayyinah (penjelasan) daripada petunjuk dan furqan (pemisah)." (Surah al-Baqarah, ayat 185) .Ertinya, al-Quran itu diturunkan pada Ramadan dan fungsinya sebagai petunjuk bagi manusia dalam menempuh perjalanan hidupnya di dunia menuju kehidupan yang sesungguhnya di akhirat nanti Dengan al-Quran manusia akan sedar matlamat hidup yang akan ditempuh dan cara mencapai tujuan hidup sehingga mereka tidak salah melangkah dan gagal mencapai hakikat kehidupan.
Selain berfungsi sebagai petunjuk, al-Quran juga berfungsi sebagai penjelasan dan pemisah antara benar dan salah, baik dan buruk, yang mesti dilakukan dan yang harus ditinggalkan supaya manusia tidak lagi berada dalam kegelapan. Ulama berbeza pendapat dalam menceritakan proses turunnya al-Quran. Ada sebahagian berpendapat al-Quran diturunkan menempuh tiga langkah. Sebahagian yang lain menyatakan hanya menempuh dua langkah. Proses pertama, al-Quran turun ke Luhul Mahfuz seperti firman Allah yang bermaksud: "Akan tetapi dia adalah al-Quran yang mulia yang berada di Luhul mahfuz." (Surah al-Buruj, ayat 21-22). Namun, ulama tafsir menyatakan turunnya al-Quran ke Luhul Mahfuz tidak diketahui bagaimana cara dan bila masanya. Ia adalah rahsia Allah yang Maha Mengetahui dan Bijaksana.
Kedua, al-Quran diturunkan dari Luhul Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia. Peristiwa itu terjadi pada malam lailatul qadar seperti firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya kami turunkan al-Quran itu pada malam qadar." (Surah al-Qadr, ayat 1) . Dikatakan juga pada malam al-mubarakah, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya kami turunkan al-Quran itu pada malam mubarakah." (Surah al-Dukhan, ayat 3) Kedua malam itu adalah malam yang sama yang terjadi pada satu malam di bulan Ramadan.
Ketiga, al-Quran diturunkan dari Baitul Izzah yang berada di langit dunia secara beransur-ansur, terpisah-pisah melalui Malaikat Jibril kepada Rasul SAW selama kira-kira 23 tahun. Proses turun dari Baitul Izzah kepada Rasul SAW dikatakan dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya al-Quran diturunkan Tuhan sekalian alam. Dibawa turun oleh Jibril yang amanah. Ke dalam hatimu supaya kamu (Muhammad) menjadi seorang daripada pemberi peringatan (kepada umat manusia). (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata." (Surah al-Syu'ara', ayat 192-195)
Namun, Imam Sayuti dan ulama tafsir lainnya berpendapat turunnya al-Quran itu hanya melalui dua proses, iaitu dari Luhul Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia dan dari Baitul Izzah kepada Rasulullah SAW melalui Malaikat Jibril. Sayuti tidak menganggap turunnya ke Luhul Mahfuz adalah bahagian dari proses nuzul al-Quran, sebab al-Quran sememangnya sudah berada di Luhul Mahfuz dan tiada riwayat yang menceritakan di mana al-Quran berada sebelum di Luh al-Mahfuz itu.

Ulama juga berbeza pendapat mengenai ayat pertama diturunkan. Sekurang-kurangnya ada tiga pendapat membincangkan perkara itu. Pertama ialah surah al-Alaq berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Ummul Mukminin Aisyah, yang menceritakan pengalaman Rasulullah SAW didatangi Jibril di Gua Hira'.
Pendapat kedua mengatakan ayat pertama diturunkan ialah surah al-Mudassir, juga berdasarkan hadis Bukhari dan Muslim dari Abu Salamah bin Abd Rahman yang menceritakan bahawa Abu Salamah bertanya kepada Jabir bin Abdullah mengenai ayat pertama turun. Maka Jabir menjawab, aku akan ceritakan kepadamu apa yang diceritakan Rasulullah SAW kepada kami iaitu: "Ketika aku akan turun dari Hira' aku mendengar suara memanggilku. Kulihat ke kiri dan ke kanan, aku tidak melihat siapapun. Kulihat kemuka dan ke belakang juga tidak ada siapapun, lalu kulihat ke atas dan aku melihat sesuatu. Maka aku segera pergi kepada Khadijah dan berkata: Selimuti aku, selimuti aku dan siramkan air dingin kepadaku. Maka aku diselimuti dan diusap dengan air dingin. Pada saat itu turunlah ayat surah al-Mudassir." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketiga, ayat yang pertama turun adalah "Bismillahirrahmanirrahim". Pendapat itu berdasarkan hadis Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ibnu Abbas bahawa ayat pertama diturunkan Jibril kepada Rasulullah SAW adalah Bismillahirrahmanirrahim.
Pendapat lain dikatakan oleh al-Wahidi dari Ikramah dan Hasan bahawa ayat pertama turun dari al-Quran adalah Bismillahirrahmanirrahim akan tetapi surah yang pertama turun adalah Iqra'. Namun majoriti ulama berpendapat bahawa ayat pertama turun kepada Muhammad sebagai seorang Nabi adalah Iqra'. Adapun surah al-Mudassir dapat dikatakan ayat pertama turun jika dilihat dari posisi Muhammad sebagai seorang Rasul. Sebab pada surah al-Mudassir baru ada perintah untuk menyampaikan ajaran agama kepada manusia seperti tugas seorang Rasul.
Peranan al-Quran dalam kehidupan berfungsi sebagai huda, bayyinat dan furqan. Oleh kerana itu al-Quran mestilah sentiasa dibaca, dijiwai dan diamalkan dalam kehidupan sehari-hari. Rasulullah SAW berkomunikasi dengan tuhan melalui wahyu, maka manusia akan berkomunikasi dengan Allah melalui al-Quran kerana al-Quran adalah kalamullah, maka orang yang membaca al-Quran seakan Allah sedang berbicara dengannya. Orang yang enggan membaca al-Quran bermakna sudah memutuskan tali penghubung di antara dirinya dengan tuhannya.

Selain dibaca, al-Quran mesti dijiwai supaya wujud manusia yang berakhlak al-Quran seperti disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW, sikap hidup seorang Muslim harus mencerminkan apa yang diperintahkan oleh al-Quran dan menjauhi apa dilarangnya. Sebenarnya aspek terpenting dari al-Quran itu adalah mengamalkan, menggali dan mencari sari serta hikmahnya kerana al-Quran sumber ilmu pengetahuan bagi kesejahteraan dan kemaslahatan hidup manusia. Menerokai keagungan dan kebesaran al-Quran akan banyak beroleh keajaiban alam yang bermanfaat untuk ilmu pengetahuan manusia. Inilah dilakukan para ulama dan saintis Islam terdahulu di Baghdad, Sepanyol dan Istanbul pada masa kegemilangan dan kejayaan tamadun Islam dulu.
Sewajarnya peringatan Nuzul al-Quran dijadikan sebagai tempat kembali menjadikan al-Quran sumber bagi menghidupkan kemaslahatan umat bukan hanya sekadar dibaca dan disimpan dalam almari. Peringatan Nuzul Quran untuk membangkitkan dan menghidupkan semangat kejayaan Islam demi masa depan lebih baik.

Friday, September 12, 2008

DOA TULUSKU UNTUK-MU WAHAI PEMILIK JIWAKU...

Tuhanku...

Aku berdoa utk seorag lelaki yg akn menjadi bagian dr hdp ku,
Seseorg yg sungguh mencintaiMu lebih dr segala sesuatu,
Seorg lelaki yg akn meletakkan ku pd posisi kedua di hatinya setelah Engkau,
Seorg lelaki yg hidup bkn utk dirinya sendiri tetapi utk-Mu.....
Wajah tampan dan daya tarik fizik tdk lah penting,
Yg penting adalah sebuah hati yg sungguh mencintai dan dekat dgn Engkau,
Dan berusaha menjadikan sifat2 Mu ada pd dirinya,
Dan ia haruslah mengetahui bg siapa dan utk apa ia hidup sehingga hidupnya tdk lah sia2...
Seseorg yg memiliki hati yg bijak tdk hanya pd otak yg cerdas,
Seorg lelaki yg tdk hanya mencintaiku tapi jg menghormatiku,
Seorg lelaki yg tdk hanya memujaku tetapi jg dpt menasihatiku ketika aku berbuat salah....
Seseorg yg mencintaiku bkn kerana kecantikkn ku tp kerana hatiku,
Seorg lelaki yg dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi,
Seseorg yg dpt membuatku merasa sbg seorg wanita ketika aku disisinya....





Tuhanku...

Aku tidak meminta seseorg yg sempurna namun aku meminta seseorg yg tdk sempurna,
Sehingga aku dpt membuatnya sempurna di mataMu,
Seorg lelaki yg membutuhkn dukunganku sbg peneguhnya,
Seorg lelaki yg membutuhkn doaku utk kehidupannya,
Seseorg yg membutuhkn senyumku utk mengatasi kesedihannya,
Seseorg yg membutuhkn diriku utk membuat hidupnya menjadi sempurna....

Tuhanku...

Aku jg meminta,
Buatlah aku menjadi wanita yg dpt membuatnya bangga,
Berikan aku hati yg sungguh mencintaiMu sehingga aku dpt mencintainya dgn sekadar cintaku,
Berikanlah sifat yg lembut sehingga kecantikkan ku dtg dariMu,
Berikanlah aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa utk nya,
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dpt melihat byk hal baik dan bkn hal buruk dlm dirinya,
Berikanlah aku lisan yg penuh dgn kata2 bijaksana,
Mampu memberikan semangat serta mendukungnya setiap saat dan tersenyum utk dirinya setiap pagi,
Dan bila mana akhirnya kami akan bertemu,
Aku berharap kami berdua dpt mengatakan :-

".....Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan padaku pasangan yg dpt membuat hdp ku menjadi sempurna....."

Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pd waktu yg tepat,
Dan Engkau akn membuat segala sesuatunya indah pd waktu yg telah Engkau tentukan.

Amin....